link3
mindef-2 atm-2 mab-2
tldm-2
tudm-2
stride-2
jhev-2
perhebat-2
mygov-2
KEMENTAH ATM MAB TLDM TUDM STRIDE JHEV ATM
PERHEBAT MY GOV
spread
MUKA DEPAN | MENGENAI KAMI | Kor / Rejimen | Polis Tentera
Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)
"SEDIA BERKHIDMAT"

kptdKor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dikenali sebagai Polis Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal Military Police, British Army.  Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja.  Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera.  Kecekapan Kor ini adalah selaras dengan cogankatanya “SEDIA BERKHIDMAT.


PERANAN DAN TUGAS:

  • Sebagai elemen bantuan Tempur Tentera Darat

  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan Angkatan Tentera

  • Mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah

  • Melaksanakan tugas keselamatan fizikal ke atas instalasi-instalasi ATM yang ditetapkan

  • Melaksanakan tugas-tugas istiadat

  • Bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan awam.
 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1