| Profile Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat |
![]() 1079294 PEGAWAI WAREN I MUSA BIN HARON BAT AMN BSD PJM PJK PPS usasma (USA) Pegawai Waren Satu Musa bin Haron telah memegang beberapa jawatan disepanjang tempoh perkhidmatan. Diantaranya adalah Lans Koperal/Koperal Tambor di 13 RAMD, Ketua Seksyen (BIS) di 13 RAMD, Penolong Ketua Platun di 13 RAMD, Penolong Jurulatih Pegawai Cawangan Ketua Platun di PULADA, Jurulatih Kawad di IPDA, Sarjan Mejar Rejimen Istiadat di 1 RAMD dan Sarjan Mejar Rejimen di PULADA. Pada tanggal 7 Julai 2008, beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pucuk pimpinan untuk menjawat jawatan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat hinggalah sekarang. Kursus-kursus yang beliau telah hadiri di sepanjang tempoh perkhidmatan adalah Kadar Pasukan (13 RAMD), Asas Brass Band (PUZIDA), Ketua Seksyen (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Platun (IPDA), Platun Sarjan Decentralized (3 RAMD), Senjata Kecil PTT (PULADA), Penataran Jurulatih (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Mejar Kompeni (IPDA), Kawad dan Pentadbiran Pegawai Waren (IPDA), American Language Course dan U.S Army Sergeant Major di Texas, USA. Kesemua kursus yang beliau telah hadiri memperolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Salina bt Ahmad. Sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Di masa lapang hobi beliau adalah mendengar muzik dan melayari internet. Bagi aktiviti sukan pula beliau amat meminati badminton dan bola tampar. Di dalam jawatan ini beliau bertindak sebagai penasihat kepada Panglima Tentera Darat di atas segala arahan dan polisi yang wujud ataupun cadangan yang melibatkan peraturan perkhidmatan anggota Lain Lain Pangkat. Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada susunan acara Istiadat Perbarisan Rasmi Tentera Darat seperti Penganugerahan, Pertukaran dan Mengarak Panji-Panji, Perbarisan Pentauliahan Pegawai-Pegawai Kadet di Kolej Tentera Darat dan PALAPES, Istiadat Pengkebumian Kebangsaan (National Funerals) dan Perbarisan Hari Kebangsaan. Sebagai Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat beliau juga bertanggungjawab sebagai penasihat istiadat dan penyelaras dalam semua perbarisan di semua formasi, pusat latihan dan pasukan. |
| Kemaskini pada Jumaat, 22 April 2011 14:28 |

















