link3 mindef-2 atm-2 mab-2
tldm-2
tudm-2
stride-2
jhev-2
perhebat-2
mygov-2
KEMENTAH ATM MAB TLDM TUDM STRIDE JHEV ATM
PERHEBAT MY GOV
spread
UTAMA | MENGENAI KAMI | Profile | Darjah & Pingat
Darjah Kebesaran/Pingat
DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA (DKAT)

Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)
pgat
Kelayakan
- Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
- Panglima Angkatan Tentera.
- Panglima-Panglima Perkhidmatan.
- Pengurniaan Kehormat kepada panglima-panglima negara asing yang setaraf.

Kompisisi Anugerah
- Selepang Anugerah.
- Bintang Darjah.
- Lencana Darjah.
- Bar Reben berserta empat bintang bucu lima.
- Sebuah Roset.
Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT)
psat
Kelayakan
- Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas.
- Pegawai Tentera negara asing yang setaraf.

Kompisisi Anugerah
- Lencana Darjah.
- Bintang Darjah (sama dengan PGAT, tetapi kecil sedikit).
- Bar reben berserta tiga semat bintang bucu lima.
- Sebuah Roset.
Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)
pat
Kelayakan
- Pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigedier Jeneral Setaraf.
- Pegawai Tentera Negara Asing yang setaraf.

Kompisisi Anugerah
- Lencana Darjah.
- Dua semat bintang bucu lima.
- Sebuah Roset.
Kesatria Angkatan Tentera (KAT)
kat
Kelayakan
- Pegawai-pegawai Tentera berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf kebawah.
- Pegawai-pegawai Tentera Asing berpangkat setaraf.

Kompisisi Anugerah
- Lencana Darjah (sama seperti PAT tetapi kecil sedikit).
- Sebuah Roset.
Bintara Angkatan Tentera (BAT)
bat
Kelayakan
- Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam ATM.
- Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Asing boleh dianugerahkan Darjah BAT Kehormat.

Kompisisi Anugerah
- Lencana.
- Sebuah Roset.
DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)
sp
- Penganugerahan Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini ialah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Ianya dizahirkan pada 29 Julai 1960. Anugerah ini dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang pengurniaan ini mengandungi Lencana berbentuk bulan sabit dan bintang pecah 14 serta bulan sabit.
Panglima Gagah Berani (PGB)
pgb
- Darjah Panglima Gagah Berani ini dizahirkan pada 29 Julai 1960. Pengurniaan ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa sewaktu menghadapi musuh. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang pengurniaan ini berbentuk lencana bintang pecah lima.
Jasa Perkasa Persekutuan (JPP)
jpp
- Anugerah Jasa Perkasa Persekutuan ini diberi kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan gagah berani luar biasa dan juga kepada anggota pasukan keselamatan kerana kegagahan dan keberanian diluar medan perang. Anugerah ini dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang anugerah ini berbentuk lencana bintang pecah lima.
Pingat Tentera Udara (PTU)
ptu
- Pingat Tentera Udara ini telah dizahirkan pada 17 Julai 1968. Ianya dikurniakan terhadap kepewiraan, keberanian atau taat setia yang teristimewa dalam menjalankan kewajipan yang ditunjukkan oleh Angkatan Tentera semasa menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi atau tidak orang yang layak menerima perhormatan ini ditentukan oleh Menteri Pertahanan. Anugerah ini boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Lambang kehormatan ini ialah sebuah pingat berbentuk bujur telur.
Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)
kpk
- Terdapat di dalam Angkatan Tentera atau Polis Diraja Malaysia orang-orang yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah dan berani akan tetapi perlakuan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereke dikurniakan Pingat. Oleh yang demikian pada 20 Julai 1969, satu lambang telah dizahirkan untuk mengiktiraf kelakuan keberanian ini dengan memberi lambang berbentuk Daun Palas yang diperbuat daripada gangsa.
PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

Pingat Kebaktian (PK)
pk
- Pingat ini diberikan kepada penerima sebagai menghargai perkhidmatan yang lama dan berkekalan baik dalam perkhidmatan sukarela atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam. Lambang anugerah ini berbentuk sebuah pingat bulat.
Pingat Khidmat Bakti (PKB)
pkp
- Pingat Khidmat Bakti dizahirkan pada 29 Julai 1960 untuk perkhidmatan dalam pasukan keselamatan dan pasukan-pasukan berpakaian seragam. Lambang anugerah ini berbentuk pingat bulat yang diperbuat daripada perak, berterap gambar Persekutuan.
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
ppa
- Pingat ini dikurniakan kepada penerimaan sebagai menghargai perkhidmatan yang cemerlang di dalam pasukan keselamatan atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam. Lambang pengurniaan ini berbentuk pingat bulat diperbuat daripada perak.
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
pps
- Pingat Perkhidmatan Setia ini diberi kepada penerima sebagai penghargaan yang baik di dalam pasukan keselamatan atau pasukan-pasukan yang berpakaian seragam. Lambang pingat ini berbentuk bulat diperbuat daripada gangsa.
 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1