spread
UTAMA | MENGENAI KAMI | Profile | Logo
Logo Tentera Darat Malaysia
logotd


MAHKOTA

  • Bulan, bintang, sempadan keliling, perkataan Allah dan Muhammad berwarna kuning emas dan 'outline' berwarna hitam.

  • 'Diamond' dari kiri adalah berwarna biru, hijau, merah, hijau dan biru.

  • Terdapat 21 bulatan-bulatan kecil dibahagian atas mahkota.

  • Latar belakang perkataan Allah dan Muhammad berwarna merah cili.

KALUNGAN BUNGA PADI

  • Setiap tangkai mempunyai 16 butir bunga padi iaitu enam ditengah dan lima di kiri dan kanan.

  • Bunga padi berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.

KERIS DAN DUKU ILANG

  • Keris luk lima bersilang dari kiri ke kanan.

  • Duku Ilang (parang sarawak) bersilang dari kiri kanan ke kiri

  • Keris dan Duku Ilang berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.

SKROLL

  • Berwarna kuning diraja dan 'outline' berwarna hitam.  Perkataan "GAGAH SETIA" berwarna hitam.

INSIGNA LOGO TENTERA DARAT MALAYSIA

  • Mahkota -  Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
  • Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara.
  • Perkataan Allah dan Muhammad - Melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasululah sebagai pesuruh-Nya.
  • ‘Diamond’ - Lima butir ‘diamond’ melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati oleh rakyat dan ia memberi perkembangan pembangunan kepada Tentera Darat Malaysia.
  • Kalungan Bunga Padi - Kalungan bunga padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia.  Ia melambangkan sikap perajurit yang serba handal, gagah dan bersemangat umpama resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Ia juga lambang perpaduan, kerjasama, kemakmuran dan keharmonian antara kor/rejimen dalam Tentera Darat Malaysia.  Lambang ikatan Tentera Darat Malaysia dan rakyat.
  • Keris Melayu Luk Lima - Keris merupakan senjata tradisional orang-orang Melayu. Melambangkan kegagahan dan keperkasaan orang yang sentiasa bersiap siga untuk mempertahankan Negara dan tanahair.
  • Duku Ilang - Duku Ilang merupakan parang pancung Dayak Darat. Merupakan semangat orang Dayak Darat dan melambangkan cara mereka menentang musuh di dalam peperangan.
  • Keris Bersilang Duku Ilang - Melambangkan gabungan keperwiraan dan kegagahan orang Melayu dan Dayak.  Senjata ini mencantumkan kualiti-kualiti kehandalan dan kegagahan dengan semangat berperang. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.  Kehandalan dan kegagahan kearah kemuncak kejayaan yang menggandingkan dua bangsa Tanah Melayu Sabah dan Sarawak yang menjadi satu.
 
msc1 kforce kpat1 kt1 pbtm1 nstp
metro1
star utusan1
bh1