17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

bintangulung
logotdulung
PERUTUSAN PANGLIMA TENTERA DARAT SEMPENA HARI TENTERA DARAT KE-86

DI SUNGAI SIPUT, PERAK
PADA 1 MAC 2019

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM DAN SALAM SEJAHTERA.

WASSALATUWASSALA SAYIDINA MUHAMMAD, WAALA-ALIHI WASSABBIHI AJMAIN.

DATO’-DATO’, SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

ALHAMDULILLAH, DENGAN LIMPAH RAHMAT DAN INAYAH ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA JUA, DAPAT KITA BERSAMA-SAMA MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT KE-86.  DALAM KITA MERAYAKAN SAMBUTAN INI, MARILAH KITA MENGENANG PERJUANGAN DAN PENGORBANAN WARGA TENTERA DARAT YANG TELAH MENYABUNG NYAWA SERTA BERKORBAN JIWA DAN RAGA DALAM MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA. PENGABDIAN SUCI INI TELAH MENYUMBANG KEPADA SUASANA KEAMANAN YANG KITA KECAPI PADA HARI INI. JUSTERU, KITA WAJAR MEMBALAS JASA DAN KHIDMAT BAKTI MEREKA DENGAN TERUS MEMBERI YANG TERBAIK KEPADA NUSA DAN BANGSA. SEIRING DENGAN ITU JUGA, MARILAH KITA MENGHADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT PARA PAHLAWAN TERDAHULU YANG TELAH GUGUR DEMI MEMELIHARA KEDAULATAN TANAH AIR YANG TERCINTA.  AL-FATIHAH.

DATO’-DATO’, SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

SEMPENA TAHUN 2019 SEBAGAI TAHUN LATIHAN DAN PENJAJARAN, SAMBUTAN KALI INI DIRAYAKAN DENGAN PELANCARAN SERENTAK LATIHAN MEDAN PERINGKAT BRIGED DI KEDUA-DUA PEMERINTAHAN MEDAN BARAT DAN TIMUR. SAYA MAHUKAN PELUANG DAN RUANG INI DIGUNAKAN UNTUK KITA BERLATIH SEBAGAI SATU KUMPULAN DAN UNTUK BERPERANG, BUKAN UNTUK DEMONSTRASI. INGIN SAYA TEGASKAN BAHAWA HANYA DENGAN LATIHAN BERTERUSAN SAHAJA KITA DAPAT MENGEKALKAN KEWIBAWAAN TENTERA DARAT. SEMUA PERINGKAT WARGA PERLU MEMPUNYAI MINDSET MEMBUDAYAKAN LATIHAN SAMA ADA LATIHAN FIZIKAL DAN MENTAL, MAHUPUN LATIHAN ROHANI. JADIKAN SEBAGAI GAYA HIDUP TENTERA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI JATI DIRI. INILAH KELAKUAN ORGANISASI TENTERA DARAT DARI DULU DAN HARUS KEKAL SELAMANYA. NATIJAHNYA, TIADA KOMPROMI DAN TIADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA SERTA MENJADI TENTERA DARAT KELAS PERTAMA.

DI SAMPING ITU, SETIAP PEMERINTAH HENDAKLAH MENENTUKAN WARGA MASING-MASING TERLATIH MENGIKUT KITARAN 24 BULAN DAN MENCAPAI TAHAP PIAWAIAN SEDIA ADA. TINDAKAN INI PERLU DISUSULI DENGAN PENJAJARAN DALAM SEGALA ASPEK LATIHAN, PROSEDUR DAN TATACARA PELAKSANAAN KERJA. PERBAIKI KELEMAHAN DAN SELARASKAN PEMBETULAN AGAR KESALAHAN TIDAK BERULANG ATAU MENULAR. SAYA YAKIN LANGKAH INI MAMPU MEMACU TURNING POINT KECEMERLANGAN TENTERA DARAT, DAN SEKALI GUS, MENENTUKAN STATUS SEMASA KESIAGAAN ANGKATAN.

PERINTAH ULUNG SAYA YANG MENSASARKAN ASAS HENDAKLAH TERUS DIIMPLEMENTASIKAN SECARA KONSISTEN. BEBERAPA INSIDEN DAN PEMERHATIAN MENDEDAHKAN MASIH BANYAK YANG PERLU DIPERKEMAS.  OLEH ITU, TUMPUAN DAN KOMITMEN MESTI DIPERTINGKATKAN LAGI DALAM PELAKSANAAN TUGAS DENGAN MENJADIKAN DIREKTIF PANGLIMA TENTERA DARAT 2019-2022 SERTA PELAN STRATEGIK TENTERA DARAT SEBAGAI PANDUAN, PERANCANGAN DAN KOMPAS MUKTAMAD. KITA JUGA HENDAKLAH BERPEGANG SETEGUH-TEGUHNYA KEPADA WASIAT RAJA-RAJA MELAYU DAN IKRAR KESATERIA KERANA KEDUA-DUANYA ADALAH SUMPAH DAN JANJI MUTLAK KITA KEPADA NEGARA DAN PERKHIDMATAN.

KE ARAH MEMPRAKTIKKAN ASAS, SAYA MAHUKAN SEMUA WARGA BERPERANAN SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN. PADA MASA YANG SAMA, SEMUA PERINGKAT PERLU MATANG DAN PRO-AKTIF DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT. SAYA JUGA MENYERU SEMUA WARGA AGAR JANGAN SEKALI-KALI MENDEKATI ATAU MENCUBA SEBARANG GEJALA NEGATIF SEPERTI SALAH GUNA NAJIS DADAH, TERLIBAT DENGAN FAHAMAN EKSTREMIS YANG BERKAIT DENGAN AGAMA DAN POLITIK. SAYA TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN ISU-ISU DISIPLIN DAN INTEGRITI. TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TERHADAP MEREKA YANG BERMASALAH. SEPERKARA LAGI, KITA SEMUA ADALAH TENTERA 24 JAM, MAKA UTAMAKANLAH TUGAS DENGAN SEPENUH-PENUH TUMPUAN DAN KOMITMEN, DAN TIDAK BERLAKON DALAM MELAKSANAKANNYA. INGATLAH, KERJAYA TENTERA BUKANLAH TEMPAT UNTUK MENCARI KEKAYAAN ATAU MENGEJAR KEMEWAHAN.

DATO’-DATO’, SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

BERBEKALKAN ASAS, KITA BOLEH MENONJOLKAN BETAPA PERLUNYA KERAJAAN DAN RAKYAT TERHADAP PERKHIDMATAN KITA DALAM AGENDA KESELAMATAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA. PATUHILAH SEGALA PANDUAN, PERINTAH TETAP, PERATURAN DAN STANDARD SEDIA ADA KERANA KESEMUANYA TERMAKTUB DENGAN JELAS. SEJAJAR DENGAN ITU, SAYA MAHUKAN PROFESIONALISME, PATRIOTISME DAN INTEGRITI KITA MENJADI CONTOH KEPADA MASYARAKAT. SEBAGAI SATU KELUARGA YANG BESAR, KITA  HARUS BERSATU HATI DAN BERSATU USAHA KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT YANG DIGARISKAN. SEMOGA KITA KEKAL UTUH MENGOTAKAN IKRAR KESATERIA DAN MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIBERI SEBAIK MUNGKIN DEMI MEMARTABATKAN LAGI TENTERA DARAT, IN SHAA ALLAH.

SEKIAN, SAYA SUDAHI DENGAN WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

“GAGAH SETIA”