21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

30081701JOHOR: Hari Kelima Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan melibatkan empat pegawai dan 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK) telah bermula di Dataran Tanjung Emas, Muar dan berakhir di Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Melaka pada 22 Ogos 2017.

Upacara Perasmian Acara Pelepasan yang membabitkan jarak larian sejauh 40 km disempurnakan oleh Ketua Staf Am Markas 21 GGK, Brig Jen Hasan Ali diiiringi Pegawai Memerintah 21 Kdo, Kol Mohd Fouzi Sulaiman selaku Pengerusi Penganjur.

Terdahulu, program dimulai dengan aktiviti senamrobik dan pameran statik aset ketenteraan Gerup Gerak Khas yang telah menarik kehadiran penduduk setempat untuk mengambil peluang hadir melihat sendiri pelbagai aset yang dipamerkan.

Selain itu, 21 GGK turut mengambil kesempatan melaksanakan Program Jiwa Murni melibatkan 100 anggota kumpulan sokongan dan logistik MK 21 GGK di kediaman warga emas terpilih di Merlimau, Melaka dengan melakukan gotong-royong pembersihan kawasan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.

Sumbangan keperluan asas juga turut disampaikan oleh Pengerusi Pengajur kepada warga emas yang terpilih sebaik peserta larian tiba di garisan penamat.

Turut hadir Pegawai Daerah Muar, Hj Mohd Noorazam Dato’ Hj Osman dan Ketua-ketua Jabatan Agensi awam sekitar Daerah Muar.