23 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

05091707KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia berjaya menambah pingat emas Sukan Sea dalam acara Muay Thai yang dimenangi oleh Pbt Ain Kamarrudin di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 29 Ogos 2017.

Kejayaan Pbt Ain Kamarrudin ini telah menaikkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya yang mana termatrinya satu lagi lakaran sejarah baharu buat ATM.

Beliau yang merupakan anggota Kor Risik Diraja (KRD) berjaya menewaskan lawannya dari Thailand iaitu Thachtana Luangphon dalam kategori 57kg di pusingan akhir.

Lebih manis lagi kejayaan beliau dikongsi bersama penyokong-penyokong TD yang hadir dan juga acara kalungan pingat disempurnakan oleh AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor.