18 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

28091703PERLIS: Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 30 Bgd diantara Brig Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani dengan Pemangku beliau, Kol Noorrul Azril bin Ariffin telah diadakan di Padang Kawad Kem 30 Bgd disaksikan oleh Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar, Panglima 2 Div pada 11 Sep 2017.

Brig Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani bertukar keluar untuk menjawat jawatan Ketua Pengarah Pembangunan Cawang P&P. Majlis diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas Panglima 30 Bgd dan Majlis Jamuan Tengahari Serah Terima Tugas Panglima 30Bgd di Dewan Serbaguna Kem 30 Bgd.

Sejurus selesai acara, mantan Panglima 30 Bgd mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan juga anggota Lain-Lain Pangkat yang memberikan kerjasama serta komitmen yang sangat tinggi sepanjang beliau memegang jawatan Panglima 30 Bgd.

Majlis diakhiri dengan acara simbolik iaitu street lining bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada Panglima 30 Bgd yang ditarik oleh pegawai -pegawai di bawah naungan 30 Bgd bermula dari Dewan Serbaguna hingga ke Balai Pengawal Utama.