22 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

19011802KUALA LUMPUR: Seramai 19 pegawai dan 420 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada pasukan di bawah naungan Markas 4 Divisyen telah melaksanakan Perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Ke-37 di Padang Kawad 1 RRD, Kem Wardieburn pada 17 Jan 2018.

Perbarisan yang berkonsepkan berjalan lalu ini disertai oleh anggota daripada trup 11 dan 12 Briged dan diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja, Lt Kol Mohd Radzi Othman.

Ketibaan Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di sambut oleh Panglima-panglima Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang dan Brig Jen Abd Malik Jiran sebelum menerima tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan.

Dalam perbarisan ini Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi telah penyampaian Sijil Kepujian Panglima 4 Divisyen kepada para Pegawai, Anggota Lain-lain Pangkat dan Kakitangan Awan yang berkhidmat di 4 Divisyen. Pemakaian Pangkat kepada 3 anggota yang telah layak turut diadakan.

Turut hadir sama Komander 515 AW, Brig Jen Dato’ Fitzgerald Joseph Kilroy Augustin, Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamed, Ketua Staf MK 4 Divisyen, Kol Asri Shukor, Pegawai-pegawai Kanan MK 4 Divisyen, Pegawai-pegawai Memerintah dan BAKAT 4 Divisyen.