18 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

22011802TERENGGANU: Seramai 300 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghadiri Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Terengganu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Baiduri, TH Hotel dan Convention Centre, Terengganu pada 21 Jan 2018.

Terdahulu sebelum memulakan majlis, Kapt (Ustaz) Anuar Zakaria, pegawai agama 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD Para) telah memimpin bacaan doa, memohon keberkatan sempena Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM yang dianjurkan.

“Jiwa masih kental, sebagai seorang perwira negara walaupun telah lama menanggalkan uniform, saya amat berbangga dan sungguh terharu diatas sambutan veteran ATM Cawangan Terengganu, penuh bersemangat dan masih menanamkan sikap disiplin tentera didalam diri masing-masing walaupun telah bergelar veteran ATM, dimana apabila saya melangkah kaki memasuki dewan, semua veteran ATM berdiri sebagai tanda hormat kepada para pemimpin, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anda semua, masih berjiwa kental dan bersatu hati”, ujar PAT.

PAT juga menyatakan bahawa jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh Veteran ATM sentiasa diiktiraf kerajaan khususnya dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan dikecapi negara selama ini, selain kesanggupan berkorban jiwa demi negara tercinta, warga veteran juga adalah generasi perintis legasi kecemerlangan yang dikecapi semua cabang ATM pada masa kini, bersesuaian dengan peredaran masa dan seiring dengan peningkatan tahap sosioekonomi yang semakin mencabar, Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM telah mengambil pendekatan baru penambahbaikan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM melalui Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan meliputi perluasan Bantuan Persekolahan, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, berpandukan Teras Kebagikan yang merupakan salah satu daripada lima teras utama Program Hala Tuju MINDEF penekanan terhadap perkara melibatkan aspek kebajikan Veteran ATM.

PAT juga menasihati para Veteran ATM agar sisihkan sikap dengki serta irihati dan senantiasa bersatu hati dalam segala aspek agar dihormati dan disanjungi oleh pihak luar, PAT juga turut menyentuh mengenai Bantuan Bakti Negara (BBN), untuk Veteran ATM yang tidak berpencen dimana peruntukan sebanyak 1.2 bilion telah diluluskan bagi tujuan BBN khas buat veteran ATM yang tidak berpencen, antara lain hospital khas untuk Veteran ATM akan dibina mengikut sektor Utara, Selatan dan Timur tanahair, membangunkan Poliklinik untuk anggota dan warga Veteran ATM di Kuala Terengganu beserta Pusat Dialisis dengan dua kelengkapan mesin akan dibangunkan sekitar 18 RAMD Para.

Pada masa yang sama, sempena Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM, penulis sempat membuat tinjauan pendapat veteran berkenaan maklumbalas yang diperolehi disepanjang majlis, Sarjan Baharudin Mat Salleh (Bersara), 54 tahun menyatakan beliau amat berterima kasih kepada pihak ATM dan JHEV kerana julung kalinya dapat mengumpulkan para Veteran ATM Negeri Terengganu dan dapat membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh veteran secara bersemuka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan pentadbir dan pelanggan serta dapat mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Veteran ATM dengan lebih dekat, jelas beliau.

Antara lain PAT dan JHEV turut menyalurkan sumbangan Tabung Pahlawan kepada mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini seramai 12 orang.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jen Datuk Azizan Md Delin, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mej Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah, Panglima Dua Divisyen (2 Div), Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 8 Briged (8 Bgd), Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi, Panglima 10 Briged Para (10 Bgd Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Yang Dipertua PVATM Negeri Terengganu, Mej Jen Dato’ Haji Mohamad Zaki Hj Hamzah dan Yang Dipertua PVTTB 1Malaysia Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Zaki Mohd Ali.