18 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

24011803KUALA LUMPUR:  Seramai empat pegawai dan 140 anggota Lain-Lain Pangkat Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun PULAPOT Ke-47 disempurnakan oleh Komandan PULAPOT, Lt Kol Nozri Senawi di Padang Kawad PULAPOT pada 22 Jan 2018.

Perbarisan diketuai oleh Mej Muhammad Amirullah Ithnain dan turut diadakan Penyampaian Sijil Penghargaan Komandan kepada 21 anggota LLP serta dua orang kakitangan awam telah dianugerahkan kepada individu diatas sumbang bakti, komitmen, dedikasi dan prestasi tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2017.

Dalam ucapan Komandan, beliau menyatakan untuk mencapai visi sebagai Pusat Latihan yang unggul warga Kor Polis Tentera yang cemerlang dan Misi untuk membangunkan Profesionalisme, berketrampilan serta berkemahiran anggota Polis Tentera perlu melalui sistem latihan yang berkesan dan berkualiti melibatkan enam teras utama yang digariskan antaranya ialah Perkasa Latihan dan Doktrin, memperkukuhkan nilai-nilai rejimental, pemantapan profesionalisme, peningkatan kualiti hidup, menghindari gejala sosial, kekuatan kerohanian dan spritual.

"Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh PULAPOT haruslah diteruskan dimana budaya kerja yang cemerlang dengan usaha dan penugasan yang baik agar kejayaan dan kecemerlangan dapat dicapai serta menaikkan nama PULAPOT dan Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat khasnya dan Kor amnya."

Tambahnya lagi, bagi pelaksanaan kursus di PULAPOT, usaha-usaha untuk memastikan kompetensi dan kemahiran penuntut-penuntut sentiasa dipertingkatkan dan penyediaan bahan pelajaran berdasarkan kursus-kursus tertentu serta penyediaan folder kursus kepada setiap penuntut supaya mereka boleh merujuk kepada bahan-bahan pelajaran apabila pulang ke pasukan kelak bagi melaksanakan tugas dengan berkesan.

Turut hadir Ketua Bahagian Pentadbir, Lt Kol Mohd Nasir Ismail, Ketua Jurulatih, Mej Mohd Latiff Mohd Muzar, warga PULAPOT dan penjawat awam.