16 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

02021801KELANTAN: Seramai 100 anggota veteran, 23 penduduk setempat dan 25 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari gabungan pasukan 1 Skn RAJD dan 7 Skn RAJD telah hadir bagi Majlis Serah Kunci Rumah Veteran 2018 pada 27 Jan 2018 kepada Mohamed Hasini Wahad (Veteran ATM) di alamat PT 1001, Kampung Kubuk Dalam Mukin Jeram, 16800, Pasir Putih, Kelantan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Asyrah Wajdi Dato’ Hj Dusuki dan diiringi Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi.

Pasukan 1 Skn RAJD telah dipertangungjawab melakukan kerja-kerja pembinaan rumah bina baru (NBOS7) bermula awal bulan Ogos 2017 dan siap sepenuhnya pada bulan Jan 2018 dgn kos pembelanjaan sebanyak RM 45000.00.

Dalam ucapan Panglima semasa majlis tersebut, beliau berkata Kerajaan Malaysia amnya dan Pemerintah Tertinggi ATM Khas mengambil berat kebajikan anggota veteran bagi mengenang jasa meraka semasa dalam perkhidmatan, pelbagai-bagai bantuan telah disampaikan bagi membantu anggota veteran.

Selain itu, perkembangan-perkembangan semasa dalam perkhidmatan ATM juga disampaikan kepada anggota veteran seperti sistem SAVE bagi anggota yang tidak berpencin seperti berhenti perkhidmatan 12 tahun/15 tahun dan 18 tahun, Satu Rumah Satu Anggota dan lain-lain lagi.

Majlis tersebut diakhir dengan jamuan makan dan acara bergambar dengan anggota veteran negeri kelantan.