17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


10021801Perbarisan Penghargaan sempena persaraan Brig Jen Dato’ Wee Han Siew, Panglima Bgd Arti Roket telah diadakan di Padang Kawad 51 RAD pada 8 Feb 18.

Brig Jen Dato’ Wee Han Siew yang ditemani oleh isteri, Datin Shirlyne Wee, akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Ogos 18. Beliau telah menerima tabik hormat daripada kontigen perbarisan yang terdiri daripada 16 peg dan 220 anggota LLP dari tiga detasmen diketuai oleh Lt Kol Mohd Imran bin Ibrahim,     Peg Mem 51 RAD. Perbarisan tersebut dilaksanakan sebagai mengenang jasa serta pengorbanan yang telah beliau curahkan kepada TD sepanjang perkhidmatannya.

Dalam ucapannya, beliau berasa amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada PMB TD, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin dan isteri, Datin Rashidah binti Abdul Rahim yang sudi hadir bagi menyaksikan acara serah terima tugas di antara Brig Jen Dato’ Wee Han Siew dengan Pemangku Panglima Bgd Arti Roket, Lt Kol Ahmad Bakri bin Hj Abdullah.

Turut hadir adalah Pengerusi RAD, Mej Jen Dato’ Nordin bin Hj Salleh dan isteri Datin Rohana binti Hamzah, Panglima GAPU, Brig Jen Dato’ Yusri bin Hj Anuar dan isteri Datin Maziah binti Abu Zarin, KAD 3 Div, Brig Jen Ahmad bin Abu Bakar dan isteri, Puan Faridah binti Hj Kasim, pegawai-pegawai kanan, anggota LLP RAD dan ahli BAKAT.