16 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

14021802SARAWAK: Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) telah melaksanakan serkap pada jam 1600 petang di laluan belakang ladang sawit Pak Langi lebih kurang 200m dari Sempadan Malaysia-Indonesia pada 12 Feb 2018.

Setelah dua jam hasil daripada penungguan tersebut, kumpulan tersebut telah menjumpai tiga orang warga Indonesia Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sedang berjalan melalui lorong tikus berhampiran Sempadan Malaysia-Indonesia menuju ke Indonesia.

Melalui maklumat yang diperolehi daripada Pegawai Memerintah 11RAMD, Lt Kol Salmi Istikh Ahmad, rakyat Indonesia tersebut didapati bersalah apabila mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan berhasrat untuk pulang ke kampung halaman di Sambas, Kalbar, Indonesia melalui jalan yang tidak dibenarkan. Tambahan beliau, PATI tersebut akan dihantar oleh agen ke kampung halaman di Sambas, Indonesia.

Ketiga-tiga PATI berkenaan adalah berumur di lingkungan 20 sehingga ke 40 tahun dan dibawa ke Balai Polis Lundu untuk tindakan pihak polis selanjutnya.