15 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

14021805SARAWAK: Kumpulan Tinjau dari Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) yang diketuai oleh Mej Noor Azmeer Mat Sani telah melaksanakan rondaan berkenderaan pada jam 0400 di sekitar kawasan Sempadan Malaysia-Indonesia di Ladang Sawit Kampung Sebubok pada 12 Feb 2018.

Tepat pada jam 1035 pagi, kumpulan tersebut telah terserempak dengan dua orang awam yang tidak dikenali sedang menunggang dua buah motosikal dari arah wilayah Malaysia yang jaraknya lebih kurang 400m menuju ke Sempadan Malaysia-Indonesia.

Kehadiran kumpulan ronda berkenderaan telah disedari apabila mereka telah bertindak untuk mengejar dua orang awam tersebut. Namun, adegan kejar mengejar tersebut telah berakhir apabila dua orang awam tersebut telah sempat meloloskan diri. Seorang awam tersebut telah melompat daripada motosikalnya dan seorang lagi melarikan diri dengan motosikal yang ditunggang.

Walaubagaimanapun, kumpulan ronda tersebut tetap tidak berputus asa dan meneruskan penjejakan. Hasil dari penjejakan tersebut, sebuah motosikal jenis Honda Wave CX berwarna biru dan hitam beserta nombor pendaftaran palsu dan sebiji ekzos motosikal yang patah telah ditemui.

Hasil pemeriksaan yang telah dibuat ke atas motosikal tersebut ialah terdapat kunci motosikal yang berbeza dan terdapat kesan cungkil di tempat duduk motosikal yang dipercayai motosikal tersebut adalah hasil daripada aktiviti pencurian.

Anggaran jumlah harta yang diperolehi ke atas penemuan tersebut adalah lebih kurang RM 5,000.00. Segala barang yang ditemui ditahan oleh kerana barang tersebut telah ditinggalkan oleh dua orang awam dan dipercayai menggunakan laluan haram untuk tujuan masuk ke negara Indonesia. Pihak polis telah mengesahkan bahawa motosikal tersebut adalah motosikal curi. Motosikal dan barang-barang yang ditemui telah dibawa ke IPD Bau dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.