18 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

27021802SARAWAK: Seramai tiga pegawai dan 26 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 3 RRD, 1 Bn Ubat, Rej 510 (AW) dan Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) terlibat dalam program Roadshow Mobile Community Transformation Centre (MCTC) yang diadakan di Dewan Masyarakat Bintangor pada 24 Feb 2018.

Program ini telah dirasmikan oleh ahli Dun N. 46 Meradong, Datuk Ding Kuong Hin dimana pelbagai program yang telah diadakan seperti pameran-pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.

9 Bgd telah mengadakan Pameran Senjata Tentera Darat, Rawatan Pergigian, Pameran Kenderaan G Wagon dan Promosi Pengambilan Askar Wataniah. Kehadiran guru-guru serta pelajar dari Sekolah Menengah Kai Chung dan warga tempat telah menambahkan lagi kemeriahan program ini.

Program seumpama ini adalah merupakan salah satu cabang inisiatif kerajaan, dirangka untuk membawa dan mendekatkan perkhidmatan agensi kerajaan terus kepada masyarakat dan rakyat setempat.

Turut hadir Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Ketua Pejabat Residen Sarikei dan Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak.