22 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

06031802SARAWAK: Seramai enam pegawai serta 19 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) gabungan unit di bawah naungan Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) dan Trup Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) menyertai Program River Outreach Programme (ROP) di kawasan pedalaman Sungai Baram, Miri bermula 2 sehingga 8 Mac 2018.

Program ini merupakan salah satu inisiatif agensi kerajaan dalam memberi keprihatinan kepada rakyat di kawasan pendalaman serta meninjau situasi hidup di dalam kawasan pendalaman.

Terdapat beberapa perkhidmatan dan aktiviti yang diberikan kepada rakyat di kawasan Sungai Baram antaranya ialah Pemeriksaan Kesihatan dan Rawatan Pergigian.

Selain itu Program Keluarga Angkat yang diadakan bagi mengenali budaya serta mengeratkan hubungan di kalangan tentera, agensi dan rakyat tempatan di kawasan Sungai Baram.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia ini turut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan yang lain yang mampu menjalinkan perhubungan yang erat sesama yang turut terlibat sama seperti PMS, Bomba, JPN, Residen Miri, Pejabat Daerah Telang Usan, Jabatan Penerangan Negeri, PDRM. RTM serta KKM.

Di antara laluan dan kawasan Sungai Baram yang dilalui oleh Tim ROP kali ini adalah di Long Puak/Uma Akeh, Long Banyok, Long Ikang, Longan Sibong, Kuala Tutoh, Benawa, Asam Paya dan berakhir di Pengelayan.

Turut hadir ADUN Telun Usan, YB Dennis Ngau, Wakil Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Haji Jamil Seman, Residen Bahagian Miri, Puan Sherina Husaini, Pengarah Daerah Telang Usan, En Baru Tai dan Pemangku Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak, Puan Hajah Faridah Sulong.