21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

10031801SARAWAK: Seramai enam pegawai dan 19 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) Mobile Outreach Programme (ROP) di Long Banyok dan Long Ikang pada 5 dan 6 Mac 2018.

Program ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Sungai Baram.

Agengsi-agensi kerajaan yang lain turut terlibat seperti Residen Miri, Pejabat Daerah Telang Usan, PMS, Bomba, JPN, PDRM, RTM dan JKM.

Antara perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh pihak 9 Bgd ialah pemeriksaan kesihatan, rawatan pergigian, pemeriksaan mata serta penyediaan sajian kepada petugas dan penduduk.

Selain itu, turut diadakan program anak angkat dan gotong royong memasak bersama penduduk dan acara sebegini turut mendapat sambutan yang yang amat baik daripada penduduk setempat.

Turut hadir, Penghulu Long Banyok, Theodorius Lejau, Ketua Kaum Ling Banyok, Mathew Balan dan Ketua Kaum Long Ikang, Chatarina Madang.