20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


21031801KELANTAN: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS), Kem Batu Sebelas, Tanah pada 18 Mac 2018.

Lawatan ini berkonsepkan Majlis Ramah Mesra bersama Warga 1 RS, Ahli-ahli BAKAT dan Veteran setempat. Dalam majlis tersebut, MENHAN telah memberi kata-kata semangat kepada Warga Pasukan di samping mengingatkan semua yang hadir agar menjaga nama baik dan imej pasukan serta Kor RS khasnya dan TD amya.

Dimasa yang sama, MENHAN juga telah memberi perkhabaran baik berkaitan Hala Tuju MINDEF di bawah Teras Kebajikan seperti Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan projek menaik taraf kem-kem Rejimen Sempadan bagi menjaga kebajikan warga organisasinya. Kemuncaknya, lawatan telah diakhiri dengan acara Penyampaian Cenderahati daripada Warga 1 RS serta MENHAN menandatangani Buku Lawatan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Ahmad Nawawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat merangkap Pengerusi Kor Rejimen Sempadan, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 30 Bgd Inf, Brig Jen Hashim Aman Shah.