14 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

26031801JOHOR : Seramai 38 pegawai dan 370 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) serta wakil-wakil unit di bawah 7 Bgd menghadiri sesi dialog bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Dewan Serbaguna, Kem Majidee pada 21 Mac 2018.

Ketibaan PAT disambut di Dewan Makan Pasukan dan dimulakan dengan jamuan makan tengahari daiman beliau telah sudi memilih untuk duduk makan bersama anggota LLP.

Majlis diteruskan dengan sesi dialog bersama PAT menyentuh berkenaan tempoh perkhidmatan anggota dan beliau amat menyarankan agar semua anggota memilih untuk kekal di dalam perkhidmatan sehingga 26 tahun bagi membolehkan pelbagai keistimewaan disediakan kerajaan dapat diperoleh.

Selain itu, beliau turut mengulas berkaitan Sistem Anuiti Veteran (SAVe), Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), dan Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASBZ).

Turut hadir Inspektor Jeneral Markas Angkatan Tentera, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia MK TD, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Hassan Loman.