16 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

26031803KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima kunjungan hormat dari rakan sejawatnya Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Mej Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan Pengiran Haji Mahmud di Wisma Pertahanan pada 22 Mac 2018.

Terdahulu ketibaannya disambut oleh PAT dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Mej Juniusabdiah Shah Putra Janny serta diiringi Pancaragam Pusat RAMD.

Selesai acara KKU, beliau membuat kunjungan hormat kepada PAT dan Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein.

Tujuan kunjungan beliau adalah sempena lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia bermula  dari 21 hingga 23 Mac 2018 dan pada masa yang sama juga untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin dalam mengawal keselamatan negara serta serantau di antara ATM dan ABDB.

Serba ringkas keperibadian Yang Mulia Mej Jen Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan Pengiran Haji Mahmud, beliau mula memegang jawatan sebagai Pemerintah ABDB mulai 31 Jan 2018 selepas memegang jawatan sebagai pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Ke–9 pada 1 Dis 2014 hingga 31 Jan 2018 dan pernah memegang beberapa jawatan sepanjang perkhidmatan termasuk menjadi juru iring tentera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dari 2007 hingga 2009.

Turut hadir Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang TUDM.