20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


02041801KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Penganugerahan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM 2018 di Dataran Panglima Tentera Darat pada 31 Mac 2018.

Perbarisan ini melibatkan seramai 334 Pegawai Kadet terdiri daripada 117 Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 94 Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 123 Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyaksikan Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan dan penyandang Pedang Kehormat dianugerahkan kepada Pegawai Rendah Kanan Muhammad Aiezad Azhar.

Manakala Pegawai Kadet Terbaik TDM dinobatkan kepada Pegawai Rendah Kanan Mohamad Noraminluddin Mohd Ali dan Pegawai Kadet Terbaik TUDM ialah Pegawai Rendah Kanan Muhammad Syabil Shamsudin diikuti dengan Pegawai Kadet Terbaik TLDM dianugerahkan kepada Pegawai Kadet Kanan Muhammad Amirul Arief Zailudin.

Dalam titah ucapan Agong, baginda menzahirkan setinggi tahniah di atas kejayaan seluruh Pegawai Kadet yang menamatkan latihan dan baginda yakin dengan berbekalkan ilmu yang telah diperoleh semasa dalam latihan, pegawai-pegawai ini dapat menyumbang ke arah pembentukan ATM yang disegani.

“Sebagai seorang pemimpin, beta berharap agar semua Pegawai Kadet akan lebih berkemampuan untuk menghadapi sebarang bencana masa hadapan dengan penuh yakin dan jati diri yang tinggi serta sanggup berkorban untuk agama bangsa dan kedaulatan negara agar terpelihara."

“Selain itu hendaklah berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ketenteraan secara berterusan agar sensitif pada perkembangan teknologi pertahanan semasa,” titah baginda.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang TUDM dan Naib Canselor UPNM, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Zulkifli Hj Zainal Abidin.