14 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

10041803SARAWAK: Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar telah menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-4 Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) di Padang Kawad Kem Muara Tuang pada 4 Apr 2018.

Seramai 80 pegawai dan 820 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan yang diketuai oleh Panglima 31 Bgd Infantri, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin.

Perbarisan tersebut merupakan detik bersejarah bagi Markas PMTTD dimana telah ditubuhkan pada 31 Mac 2014 dan turut diadakan acara serah terima tugas Ketua Staf Am MK PMTTD diantara Brig Jen Dato’ Subari Hj Tomo dengan Brig Jen Dato’ Hj Kamarol Fauzi Hj Mohd Said.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan dan Kecemerlangan kepada enam pegawai, empat anggota LLP dan seorang ahli BAKAT.

Dalam ucapan Panglima PMTTD, beliau menyatakan walaupun baru menjangkau 4 tahun, PMTTD telah mengecapi kejayaan dalam pelbagai bidang terutama Operasi dan PJM sekali gus mencapai inspirasi dan harapan TD menerusi tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Beliau juga menasihatkan anggota supaya tidak terlibat dengan pengaruh dadah, judi siber serta ancaman DAESH demi menjaga keselamatan negara.

Turut hadir Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Task Force 450, Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat, Panglima-Panglima Bgd dibawah naungan PMTTD, ahli-ahli BAKAT serta pekerja awam MINDEF Sarawak.