17 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

17041801KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 buah negara terlibat dalam Persidangan Chief Of Army Round Table Talk (ChART) 2018 melibatkan 74 delegasi di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 yang diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 17 Apr 2018.

Tujuan utama persidangan ini diadakan bersama Panglima Tentera Darat (PTD) dari serata dunia adalah untuk memupuk persahabatan serta meningkatkan perkongsian pengetahuan serta memberi peluang bagi membina kepercayaan di kalangan negara-negara yang mengambil bahagian dalam DSA 2018.

Terdahulu semasa acara pembukaan, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim mengiringi Raja Muda Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tunku Syed Sirajuddin Jamalullai, untuk menyampaikan titah ucaptama pembukaan ChART 2018 di MITEC.

Dalam titah Baginda yang bertajuk The Role of Army in Sustaining Security Against the Threats of Radicalism and Terrorism, baginda menegaskan perkongsian maklumat perisikan dalam kalangan negara-negara di dunia merupakan langkah yang perlu dipergiat bagi mengatasi ancaman keganasan.

“Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah usaha bagi mengekang kegiatan pengganas serta militan di mana  jalinan kerjasama yang strategik antara tentera dan pihak bukan tentera dapat diwujudkan agar perkongsian maklumat antara pihak keselamatan diperoleh bersama,” titah Baginda.

Tambah Baginda lagi, kerjasama menerusi diplomasi ketenteraan dan perkongsian maklumat risikan akan dapat menyelesaikan ancaman dan pasti membuahkan hasil yang lebih berkesan dalam menjaga kepentingan masing-masing.

Persidangan ChART 2018  ini berlangsung hampir empat jam dan acara penutup disempurnakan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin dan Pegawai-pegawai Kanan TD.