20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


25041801KUALA LUMPUR: Seramai 18 pegawai kanan Tentera Darat (TD) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 24 Apr 2018.

Mendahului senarai, Kol Zulkefale A.Rahman yang dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Briged Artileri Roket serta Kol Md Fuad Abd Jalil  dipakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat (TD), MK TD.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Lt Kol ke Kol dahului oleh Lt Kol Ir. Mohd Hazani Hj Shafie yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah 21 Kump Logistik GGK, Lt Kol T. Azharan T. Putra dipakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Ketua Tim Projek Network Centric Operation ATM manakala Lt Kol Idris Borhan menjawat jawatan sebagai Ketua Zon Tengah, Kompeni Pertahanan Esscom.

Manakala 13 pegawai lagi dinaikkan pangkat Mej ke Lt Kol dan tiga pegawai dianugerahkan Sayap Juruterbang Pasukan Udara TD iaitu Kapt Julian Banson, Kapt Mohd Izuan Idris dan Kapt Nur Azira Impian.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan berharap ini adalah pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya percaya saudara-saudara akan terus meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi sehingga tempoh persaraan jika mempamerkan mutu kerja yang lebih cemerlang. Sebagai pegawai kanan yang memimpin anggota bawahan, saya berharap saudara-saudara dapat membezakan apa yang perlu untuk dilakukan yang mana tiada rujukan dalam mana-mana buku dalam menentukan tindakan apa yang sepatutnya kita lakukan, ujar PTD”

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Ya’akob Koming.