20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


25041805NEGERI SEMBILAN: Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi telah merasmikan Program Jiwa Murni Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Ke-24 anjuran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 19 Apr 2018.

Program Jiwa Murni ini melibatkan kerja-kerja meruntuh dan membina semula rumah milik Azizah Nawawi yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 60 tahun dan tinggal di Kampung Bagan Pinang.

Acara meroboh rumah telah disempurnakan oleh Panglima Latihan TD serta projek membina semula rumah di tapak asal dijangka mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan bagi memberi keselesaan kepada Azizah Nawawi sekeluarga.