17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


28041801KUALA LUMPUR: Rejimen Semboyan Diraja (RSD) muncul Johan dalam Perlawanan Akhir Pertandingan Bola Sepak Antara Kor dan Rejimen Tentera Darat (TD) Tahun 2018 menewaskan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) dengan jaringan gol 2 berbalas 0 di Stadium KEMENTAH pada 27 Apr 2018.

Perlawanan akhir yang berlangsung selama 90 minit itu menyaksikan RSD berjaya menjulang Piala Pusingan Kejohanan, Piala Dato’ Hj Khlir Hj Md Nor di mana Pemain Terbaik dianugerahkan kepada Sig Muhammad Akmal Md Isa dari RSD dan tempat ketiga dimenangi Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) serta Piala Fair Play kejohanan diberikan kepada pasukan RAMD.

Manakala Penjaring Terbanyak di berikan kepada tiga pemain kerana berkongsi jumlah jaringan yang sama iaitu Kpl Mohammad Azizan Mustafa dari KJLJD, LKpl Max Fareezan Lidin dari KPTD dan LKpl Muhammad Hazrin Mohd Yusof dari RAJD.

Majlis Penutup Kejohanan disempurnakan Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas kepada pasukan yang berjaya.

“Dengan adanya pertandingan ini, matlamat utama telah tercapai kerana TD berjaya mencungkil bakat-bakat baharu yang akan mewakili TD dalam Kejohanan Bola Sepak Antara Perkhidmatan.

“Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Bola Sepak TD (PBTD), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor yang telah meneraju kepimpinan PBTD dari tahun 2011 iaitu selama tujuh tahun dan kini beliau akan menamatkan perkhidmatan pada Jul 2018 seterusnya tampuk kepimpinan PBTD akan diambil alih oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi,” jelas TPTD.

Kejohanan yang bermula dari 16 hingga 27 Apr 2018 itu dianjurkan oleh Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) dan merupakan acara tahunan TD yang bertujuan untuk mengenalpasti serta memilih pemain-pemain baharu bagi mewakili TD dalam Kejohanan Bola Sepak Antara Perkhidmatan pada 13 hingga 17 Ogos 2018.

Pada masa sama ianya dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan di samping mengeratkan lagi hubungan setiakawan ketika bersukan di dalam TD.

Turut hadir Pengerusi PBTD, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi, Pegawai-pegawai Kanan TD dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor.