21 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

28041802KUALA LUMPUR: Chief Of Army, Australian  Army (CA AUS), Lieutenant General Angus J. Campbell melakukan Kunjungan Hormat ke atas rakan sejawatnya Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 26 Apr 2018.

Sebaik sahaja tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, Lieutenant General Campbell disambut oleh PTD sebelum menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Juniusabdiah Shah Putra Janny serta diiringi Pancaragam Pusat RAMD.

Selesai acara KKU, beliau dibawa ke Pejabat PTD bagi sesi Kunjungan Hormat dan seterusnya PTD mengiringi beliau bertemu Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Serba ringkas keperibadiannya, beliau menceburi bidang ketenteraan pada tahun 1981 dan merupakan graduan daripada Royal Military College, Duntroon serta pernah terlibat dalam pergolakan di East Timor dan Afghanistan.

Selain dari menerima penghargaan seperti Officer of the Order of Australia, beliau dianugerahkan pingat Distinguished Service Cross Commander of the Legion of Merit (United States), Meritorious Service Medal (Singapore), Commander of the National Order of Merit (France) dan dilantik menjadi Chief Of Army, Australian  Army  pada 16 Mei 2015.

Kunjungan selama tiga hari bermula dari 25 hingga 27 Apr 2018 itu merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara Tentera Darat Australia dan Tentera Darat Malaysia khasnya, dan Angkatan Tentera Malaysia amnya

Turut hadir Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin dan pegawai-pegawai kanan dari Markas Tentera Darat.