25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


13051803KUALA LUMPUR: Asisten Ketua Staf (AKS) Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Rancang, Cawangan Perancangan dan Pembangunan (Cwg P&P) Markas Tentera Darat (MK TD) di Bilik Mesyuarat Cwg P&P pada 08 Mei 2018.

Serah terima tugas ini diantara Mej Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman yang akan bertukar keluar menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Am, Markas Pemerintahan Medan Barat yang menyerahkan tugasnya kepada Pengarah Rancang, Kol Hj Zawawi Hj Adam.

Terdahulu sebelum upacara serah menyerah tugas, Mej Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman telah dinaikkan pangkat dan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat,Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Pejabat PTD.