logomy

TENTERA DARAT SATU, KERANA BERSATU

24 Mei 2018
Kemaskini Akhir: 21 Mei 2018.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

16051802KUALA LUMPUR:  Hampir 1,000 pegawai dan anggota Lain Lain Pangkat (LLP) dari ketiga -tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyaksikan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan dan pengagihan sumbangan zakat ATM di Masjid Khalid Al-Walid pada 14 Mei  2018.

Tabung Ihya’ Ramadhan ini merupakan sumbangan daripada warga ATM bagi menampung segala aktiviti masjid sepanjang bulan ramadhan selain memberi zakat kepada 80 orang golongan Asnaf yang layak menerima sumbangan serta memberikan sumbangan zakat kepada masjid dan surau ATM seluruh negara sebagaimana dirancang oleh pihak ATM dan dikoordinasikan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Terdahulu dari itu, turut diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Perunding Motivasi Dan Penceramah Bebas, Syeikh Hj Ismail Hj Hashim.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut (PTL), Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, pegawai-pegawai kanan dan warga ATM.