22 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


27051802KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Dewan Makan Pegawai, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 25 Mei 2018.

Serah Menyerah tersebut di antara Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar dengan Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu di mana beliau akan menamatkan perkhidmatan selama 41 tahun 4 bulan dalam ATM amnya Tentera Darat khasnya.

Mengimbas keperibadian Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar, beliau dilahirkan pada tanggal 25 Nov 1957 di Klang, Selangor dan mula menyertai tentera pada 8 Jun 1976 selepas menamatkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja lalu menjalani latihan Pegawai Kadet dan ditauliahkan ke dalam Kor RRD serta mendirikan rumahtangga dengan Datin Noraihan Ibrahim dan mempunyai enam cahaya mata.

Terdahulu dari itu sebelum acara serah menyerah, mantan Pengerusi RRD sempat berjumpa dengan Pegawai Kanan RRD dalam acara perjumpaan Pengerusi RRD bersama Pegawai Kanan RRD dan Ahli JKP RRD.

Turut hadir Brig Jen Dato’ Mahendra S. Sivapatha Sundram, Brig Jen Toh Choon Siang dan Brig Jen Johnny Lim Eng Seng.