25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


29051801KEM TERENDAK, 22 Mei 2018 - Iftar Gabungan 3 Divisyen, 21 Grup Gerak Khas (GGK) dan 10 Briged (Para) wadah terbaik rapatkan hubungan ukhwah sesama anggota. Majlis yang diadakan di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak, Melaka semalam turut diserikan dengan kehadiran Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Darat (PTD) yang dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fahim Hj Robani, Pensyarah Pengajian Islam dan Tamadun Islam, Universiti Multimedia Kampus Melaka disusuli dengan berbuka puasa dan solat Maghrib, solat Isyak serta solat Tarawih secara berjemaah.

Selesai acara tersebut, hadirin yang hadir sekali lagi disediakan dengan jamuan moreh disamping ucapan oleh PTD. Di dalam ucapan tersebut, beliau mengajak semua yang hadir agar mengambil kesempatan dengan melakukan amal ibadah sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini. "Marilah kita sama-sama menyempurnakan tahap kemimanan dan meningkatkan ketaqwaan dengan melakukan nilai tambah antaranya memperbanyakkan sedekah, melakukan solat Tarawih dan bertadarus. Sesungguhnya bulan Ramadhan mengajar kita erti bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi ini", tambah beliau lagi.

Turut hadir Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Barat Tentera Darat; Mej Jen Dato' Hasagaya Abdullah, Panglima 3 Div, Pegawai-pegawai Kanan TD serta Veteran ATM Negeri Melaka.