25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


29051803KUCHING, 27 Mei 2018 - Majlis Berbuka Puasa bersama warga Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dan 1 Divisyen telah disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Darat (PTD) di Kem Penrissen, Kuching Sarawak semalam. Majlis dimulakan dengan acara berbuka puasa sebelum menunaikan solat fardu Maghrib serta Tarawih. Kemudian disusuli pula dengan acara jamuan moreh. Selain itu juga, PTD turut menyampaikan sumbangan zakat ATM kepada masjid dan surau pasukan di bawah naungan PMTTD dan 1 Div.

Dalam ucapan PTD, beliau menyatakan bahawa acara yang diadakan ini merupakan salah satu wadah dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di antara seluruh anggota di samping meningkatkan lagi amalan serta taqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Beliau juga memberi peringatan agar tidak sekali-kali mengambil sikap sambil lewa dalam aspek keselamatan sama ada di dalam kawasan kem mahupun di kawasan operasi. "Adalah menjadi kewajipan kita dalam menentukan tahap kesiagaan dan keselamatan berada di tahap yang tinggi pada sebilang masa kerana ancaman serta cabaran keselamatan tetap ada dan ia tidak boleh sekali-kali dipandang ringan", jelas beliau lagi.

Turut hadir Lt Jen Dato' Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD); Mej Jen Dato’ Stephen Mundaw, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Dato' Zulkapri Rahamat, Panglima Angkatan Petugas 450 serta Mej Jen Dato’ Mardzuki bin Muhammad, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia.