22 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


29051804KUCHING, 28 Mei 2018 – Bertempat di Padang Kawad Kem Muara Tuang telah berlangsungnya Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia. Terdahulu perbarisan dimulakan dengan upacara Serah Terima Tugas Panglima 1 Divisyen di antara Lt Jen Datuk Stephen Mundaw dan Mej Jen Toh Choon Siang sebagai Panglima Divisyen 1 Div Ke-26. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Panglima 1 Div serta penyerahan Tongkat Kuasa ini telah disaksikan oleh Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Haji Mokhtar, Panglima Medan Timur Tentera Darat.

Acara diteruskan dengan upacara Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat melibatkan Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Haji Mokhtar yang menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Lt Jen Datuk Stephen Mundaw sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat Ke-2. Upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas, penyerahan Tongkat Kuasa dan Bendera Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat telah disaksikan oleh Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Darat.

Turut hadir adalah Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat, Panglima Angkatan Petugas 450, Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Kanan, Pengerusi serta Ahli BAKAT di bawah naungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.