01061801Kensington, London: 31 Mei 2018, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin, Panglima Pemerintahan Medan Barat telah dijemput menyampaikan syarahan di Land ISR & C2 Battle Management Conference di Millennium Copthorne Tara Hotel, London. Jemputan ini merupakan pengiktirafan dunia kepada ATM amnya dan TD khasnya.

Beliau telah menyampaikan syarahan bertajuk Training And Equipping The Force For Countering Insurgency And Regional Terrorist Networks kepada delegasi-delegasi ketenteraan dari 20 buah negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Pakistan, negara-negara NATO dan lain-lain. Terdapat juga universiti yang turut mengambil bahagian seperti University Of Birmingham dan King Collage London.

Penyertaan Malaysia di dalam sebuah forum bertaraf dunia adalah pengiktirafan kepada kepakaran sebuah negara yang mampu menangani kepelbagaian kaum, agama dan adat resam dengan baik. Kemampuan ATM dan TD terbukti berjaya menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam mengawal keselamatan negara dari pelbagai ancaman seperti ancaman pengganas.

Selain itu, aspek pemodenan ketenteraan bagi ATM yang sangat progresif dari segi taktikal dan strategik turut diutarakan. Pengiktirafan kemampuan ATM melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kini menjadi contoh kepada negara-negara lain yang mula menyedari keupayaan ketenteraan Malaysia.

Oleh: Mej Hamri bin Hassan
Gambar: Sumbangan ADA Malaysia di London