25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


04061801SABAH, 3 Jun 2018 - Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim mengadakan lawatannya ke kawasan operasi 13 Briged ESSCOM hari ini. Tujuan lawatan ini adalah sebagai tanda sokongan moral kepada anggota melibatkan pasukan Batalion Ke-16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) dan 24 RAMD yang sedang bertugas di perbatasan pada bulan Ramadhan disamping melihat persiapan anggota TD dalam meningkatkan keselamatan negara. Dalam lawatan tersebut beliau turut menyampaikan hasrat kepada anggota yang beroperasi agar menjaga keselamatan diri sepanjang melaksanakan tugas di perbatasan. Walaupun sedang berpuasa, peningkatan keselamatan seharusnya menjadi agenda utama dalam menentukan aspek keselamatan negara berada di tahap yang terbaik.

Selesai acara di Lahad Datu, beliau juga sempat berbuka puasa dan beramah mesra bersama warga 7 RAMD, 26 RAMD, 5 RAD dan Rejimen 516 Askar Wataniah (AW) di Masjid Nurul Sa'adah, Kem Kabota, Tawau, Sabah. Turut diadakan adalah solat tarawih berjemaah dan juga jamuan moreh. Dalam ucapan PTD, beliau mengingatkan seluruh anggota yang hadir agar tidak sekali-kali leka dengan suasana aman yang dikecapi kini. Hakikatnya, ancaman keselamatan tetap wujud sama ada dari dalam ataupun luar. Elemen-elemen yang tidak bertanggungjawab ini sentiasa mencari ruang untuk melunaskan agenda mereka di kawasan ini. Turut hadir Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Pemerintahan Medan Timur TD; Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar, Panglima 2 Div; Panglima Angkatan Petugas 450, Mej Jen Dato' Zulkapri Rahamat serta Pegawai-pegawai Kanan TD.