16 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

08061801PORT DICKSON, 6 Jun 2018 - Majlis Berbuka Puasa Warga Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim telah diadakan di Dewan Krafman, Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) semalam. Majlis yang diadakan pada malam ke - 21 dalam bulan Ramadhan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah di samping dapat meluangkan masa bersama pegawai dan anggota bagi menyambut saranan agama untuk mengimarahkan bulan mulia ini dengan ibadah dan perpaduan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh PTD, beliau mengajak semua anggota yang hadir untuk mengambil kesempatan sebaiknya dalam melaksanakan amal ibadah sebagaimana yang diunjurkan oleh Islam bersempena bulan yang mulia ini. Keikhlasan melaksanakan tanggungjawab dan tuntutan sebagai seorang Muslim nescaya akan diberikan ganjaran sewajarnya oleh Allah.

"Di bulan yang mulia ini, selain dari melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, kita juga wajib menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anggota Tentera, seorang ibu atau bapa dan juga sebagai seorang anak. Sebagai seorang anggota tentera, saya tidak mahu ada antara saudara-saudari yang lalai atau leka terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan. Kesiagaan kita sebagai warga Tentera Darat perlulah berada di tahap tertinggi tanpa mengira waktu atau ketikanya", tegas beliau lagi.

Turut hadir Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 3 Divisyen serta pegawai-pegawai Kanan TD.