25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


11061801SG BESI, 7 Jun 2018 - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah merangkap Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) berkenaan mencemar duli menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kor RAMD dan KPD di Masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kem Perdana Sg Besi semalam. Terdahulu, ketibaan Baginda dan rombongan Diraja disambut oleh Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Darat (PTD) serta para Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) di perkarangan masjid sebelum dibawa ke Khemah Diraja untuk acara berbuka puasa.

Baginda kemudiannya diiringi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama kira-kira 1000 anggota yang hadir daripada kedua-dua kor. Disamping berbuka puasa, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 93 penuntut Sekolah Tahfiz dan Asrama Anaka Yatim Angkatan tentera Malaysia (STAY ATM). Turut hadir, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah; Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah dan Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, TPTD.