24 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


17061801GERIK, 15 Jun 2018 - Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di MK Tak 749 Kem Seri Banding. PAT dan TPTD tidak melepaskan peluang berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama hampir 200 warga Bn 1 RS yang kini bertugas di KTJ tersebut.

Terdahulu PAT dan TPTD sempat berbuka puasa bersama warga 1 RS diikuti alunan takbir dan aktiviti mengacau dodol, membakar lemang dan memasak rendang. PAT turut berkesempatan menyerahkan beg Adilfitri kepada warga 1 RS dan majlis diakhiri dengan acara send off PAT yang akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Turut hadir adalah KS TD, Panglima 2 Div, AKS OPLAT, AKS OLP, Panglima 2 Bgd dan Pegawai Kanan TD