17 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

28061802NILAI, 27 Jun 2018 - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutup Seminar Pegawai Kanan Tentera Darat Siri 1/2018 di Rajah Brooke Ballroom, Hotel Nilai Spring Resort. Seminar yang telah diadakan bermula 25 Jun 2018 itu turut disertai oleh seramai 52 orang Pegawai Kanan bukan sahaja dari formasi-formasi Divisyen dan Briged dari kedua-dua wilayah pemerintahan, malah turut melibatkan Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan dari Markas Tentera Darat. Penganjuran seminar pada kali ini merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan minda TD khususnya dalam merealisasikan usaha untuk menjadikan TD sebagai sebuah organisasi yang profesional.

Dalam ucapan sebentar tadi, beliau amat berharap semoga Pegawai-Pegawai Kanan yang terpilih menghadiri seminar ini dapat memanfaatkan sesi percambahan minda serta perkongsian ilmu dan pengalaman ke arah memperkasakan lagi agenda pengurusan strategi dan pentadbiran formasi-formasi Tentera Darat ke suatu tahap yang terbaik dan cemerlang. "Ini menunjukkan sesi percambahan minda yang berobjektifkan peningkatan tahap pengetahuan dalam aspek perintah dan kawalan, pengurusan pengetahuan serta pengurusan strategi diyakini mampu dijadikan sebagai pemangkin kepada para peserta untuk sama-sama memacu organisasi ini ke arah yang lebih cemerlang," tegas beliau lagi.

Terdahulu, seminar ini meliputi beberapa siri syarahan dan taklimat termasuklah persembahan pendek (short presentation) daripada Panglima-panglima Divisyen yang mana ia mampu menjadi pencetus kepada pelan tindakan dalam meningkatkan tahap pemerintahan dan pengurusan strategi keseluruhan TD.

Turut hadir Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Darat; Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Barat Tentera Darat; Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Medan Timur Tentera Darat dan Mej Jen Dato' Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin, Ketua Staf Tentera Darat.