16 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

28061804PORT DICKSON, 28 Jun 2018 - Seramai hampir 1,000 orang warga Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD) hadir memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Panglima Tentera Darat (PTD) bertempat di Dewan Serbaguna Kem Segenting, Port Dickson hari ini. Penganjuran ini adalah bertujuan mengukuhkan silaturrahim antara seluruh warga MPLDTD tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan pangkat. Disamping meraikan hari raya, acara lain yang turut diadakan adalah perasmian Majlis Pelancaran Wifi@Unifi yang disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim. Tentera Darat (TD) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui unit rumusan perniagaannya, TM ONE telah menawarkan sambungan wifi@unifi bagi kemudahan internet serta jalur lebar di kem-kem Tentera Darat terpilih.

Rangkaian jalur lebar berkejaluan tinggi tanpa wayar tersebut bakal memberi manfaat kepada kira-kira 600 orang staf dan penuntut kursus di kem berkenaan selain membolehkan mereka mengakses internet dari mana-mana lokasi di dalam Kem Segenting. Ini semestinya memberi keselesaan, kemudahan mobiliti, meningkatkan tahap produktiviti serta turut menggalakkan interaksi antara para penuntut dan jurulatih. Turut hadir adalah Mej Jen Dato Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin, Ketua Staf Tentera Darat; Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi, Panglima Latihan Tentera Darat; Pegawai-pegawai Kanan TD dan Kapt Azizi A. Hadi (B), Ketua Pegawai Eksekutif TM One Telekom Malaysia Berhad.