15 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

03071801KUALA LUMPUR: Pengerusi Kor Perkhidmatan Am (KPA), Brig Jen Dato’ Nazri Abu Bakar mahukan semua warga KPA komited dengan tugas serta tanggungjawab tidak kira dalam apa jua situasi seiring dengan usia 60 tahun KPA semasa ucapannya dalam Perhimpunan Hari Ulang Tahun KPA Ke-60 di Padang Kawad 515 Askar Wataniah pada 1 Jul 2018.

Beliau juga menuntut anggotanya supaya tidak alpa dan selesa dengan apa yang dinikmati kini tetapi sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan melonjakkan nama KPA ke tahap yang membanggakan di mana cabaran dari segi tugas dan tanggungjawab kian bertambah namun perlu terus menghadapinya tanpa mengelak atau berdalih.

“Kita harus menunjukkan bahawa kewujudan KPA adalah penting kerana tanpa KPA makan akan pincang lah pentadbiran di formasi-formasi serta pasukan di dalam TD khasnya dan ATM amnya yang mana kita mempunyai empat komponen mempunyai kepakaran yang spesifik dalam membantu ATM mencapai visi yang digariskan,” jelas beliau.

Tambahnya lagi beberapa perkara perlu diperkukuhkan serta dipertingkatkan demi memartabatkan lagi KPA sempena sambutan Jubli Intan iaitu sentiasa meningkatkan tahap pengetahuan kerja, disiplin anggota yang tinggi, kepimpinan melalui teladan serta kesatuan yang kuat bagi menghadapi apa jua cabaran yang datang.

Mengimbas sejarah penubuhan KPA, ianya diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama The Federation General Service Corps di mana ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod, Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan namun pada 1 Jul 1958 secara rasminya ditubuhkan dengan nama Pasukan Perkhidmatan Am.

Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian berpisah dan menubuh kor yang berasingan dan Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972 serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Kerani, Pelajaran dan Perhubungan Raya kepada ATM dengan cogan kata KPA ialah Berbakti.

Terdahulu, sambutan HUT KPA Ke-60 kali ini merupakan perbarisan statik dengan kekuatan 95 pegawai dan 527 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri dari empat detasmen diketuai oleh Lt Kol Jamal Sapri serta diiringi oleh Pancaragam Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Turut hadir Pengarah UGAT, Brig Jen Dato’ Abdul Hadi Md Sharif, Pengarah Pendidikan, Brig Jen Hj Zubir Mohamed dan Pengarah Perhubungan Raya, Lt Kol Fazilah Hj Mohd Ali.