25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


03071803MELAKA: Menteri Pertahanan (MENHAN), Hj Mohamad Sabu diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim melawat dua anggota yang tercedera semasa melaksanakan operasi di 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Terendak pada 29 Jun 2018.

Dua anggota tersebut adalah dari pasukan Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD Para), Kpl Mohd Haizol Kamsiran dan Renjer William Nisau telah mengalami patah tulang pinggul serta belakang dalam satu insiden kemalangan dihempap pokok akibat hujan lebat ketika menjalani operasi kawalan sempadan di sekitar Hutan Belum, Tasik Banding, Gerik.

Di samping itu, TD sedang mengusahakan segala bentuk bantuan dan kelayakan yang boleh diperolehi mengikut peraturan sedia ada bagi membantu ahli keluarga mangsa yang cedera.