22 November 2019
Kemaskini Akhir: 12 November 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

06071801KUALA LUMPUR, 5 Julai 2018 - Seramai 480 peserta termasuk pegawai dan anggota LLP hadir dalam Majlis Penutup Kejohanan Taekwondo peringkat Tentera Darat. Majlis dimulakan sejurus ketibaan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi. Kejohanan yg berlangsung selama 4 hari ini bermula dari 2 hingga 5 Julai adalah untuk memilih atlet-atlet untuk mewakili Tentera Darat dalam Kejohanan Taekwondo Peringkat Perkhidmatan tahun 2018.

Bagi penyertaan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri (SMD) Peringkat Tentera Darat 2018, pasukan yang telah bertanding adalah Trup TD 1 (10 Bgd PARA + MK TD), Trup TD 2 (MK GGK + 165 BN Risik), Trup PMBTD, MPLD TD, MPL TD, 1 DIV, 2 DIV, 3 DIV, 4 DIV dan AT 450.

Perlawanan Akhir bagi Kategori Lelaki HEAVY dan FLY dimulakan sejurus ketibaan TPTD dan telah diteruskan dengan penyampaian pingat kepada peserta yang menang. Bagi kategori Wanita Berpotensi ialah Lt M Izzati Liyana binti Mahamed Zainodi dari MPLTD manakala kategori Lelaki Berpotensi pula ialah LKpl Mohamad Fahami bin Razali dari Trup TD 1 . Seterusnya Penerima Pingat Terbaik Kategori Wanita ialah LKpl Siti Rohaya binti Abdul Rahman dari 4 Div dan Kategori Lelaki ialah LKpl Muhd Faiz bin Jailani dari 1 Div.

Johan Keseluruhan jatuh kepada Trup TD 2 Dengan pungutan pingat sebanyak 5 Emas, 2 Gangsa dan 1 Gangsa. Majlis diakhiri dengan ucapan TPTD serta merasmikan penutup Kejohanan Taekwondo Peringkat Tentera Darat Tahun 2018 dan acara bergambar.