17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


09071805PORT DICKSON, 7 Jul 2018 - Seramai 1578 Perajurit Muda berjaya menamatkan latihan sebagai Perajurit Muda (PM) Tentera Darat (TD) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) sebentar tadi. Acara yang dizahirkan di dalam Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 185/2017 itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkiple Hj Kassim disaksikan ribuan penonton yang hadir dari kalangan tentera dan juga keluarga penuntut.

Latihan yang dilaksanakan selama enam bulan bermula pada 9 Disember 2017 hingga 7 Julai 2018 ini melibatkan latihan asas meliputi pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani dan kemahiran perang serta pengukuhan aspek kerohanian dan moral. Ia juga melatih PM dengan pengetahuan asas ketenteraan serta pelbagai kemahiran sebagai anggota tentera sebelum diserapkan ke pelbagai Kor dalam TD.

Dalam ucapan PTD sebentar tadi, beliau mewakili seluruh warga Tentera Darat mengucapkan tahniah dan syabas serta mengalu-alukan kehadiran para Perajurit Muda yang telah menamatkan latihan ke dalam keluarga besar Tentera Darat. Ia dapat dilihat menerusi perbarisan yang segak, kemas dan penuh berdisiplin yang ditampilkan oleh semua penuntut-penuntut yang akan menamatkan latihan mereka pada hari ini yang mana ia menjadi bukti kepada keberkesanan latihan yang diterima.

"Kita mahu masyarakat memandang tinggi profesion ketenteraan kerana saudara-saudara adalah golongan yang terpilih daripada ribuan pemohon. Justeru, saya mahu saudara-saudara terus bersifat profesional dalam semua hal, kerana saudara-saudara merupakan duta kecil Tentera Darat yang menjadi penghubung antara organisasi tentera dengan awam. Imej yang positif adalah pemangkin kepada Tentera Darat untuk kekal relevan pada kaca mata rakyat dalam menentukan kesejahteraan negara.", jelas beliau.

Seramai lima pemenang hadiah telah menerima piala dimulai dengan PM Keseluruhan Terbaik iaitu 1198113 PM Mohd Izwan Mohd Yusof. PM Akademik Terbaik dianugerahkan kepada 1197769 PM Mohamad Arif Zainuddin manakala PM Kecergasan Jasmani Terbaik dianugerahkan kepada 1197292 PM Mohamad Saiful Rohaimie Rozel. PM Kawad Terbaik dianugerahkan kepada 1197769 PM Zulhazmi Murad dan PM Penembak Terbaik dianugerahkan kepada 1197050 PM Mark Hayward anak Henery.

Turut hadir Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, TPTD; Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, PMBTD; Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, PMTTD dan Pegawai-pegawai Kanan TD.