17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


25071802BANGI, 24 Jul 18 - Kejohanan Olahraga Tentera Darat Ke-37 Tahun 2018 mempertandingkan 22 acara sukan melibatkan penyertaan 10 pegawai dan 351 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terdiri daripada 9 formasi TD iaitu Trup TD, Trup Medan Barat TD, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD, Angkatan Petugas 450 serta Formasi 1, 2, 3 dan 4 Divisyen. Stadium Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi dipilih menjadi venue utama kejohanan selama 3 hari bermula 24 hingga 26 Julai 2018.

Pembukaan kejohanan hari ini dimulakan dengan upacara perarakan masuk Bendera Kejohanan yang dibawa oleh anggota 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja manakala Obor Kejohanan dibawa masuk oleh 2 atlet TD yang beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 lalu iaitu SSjn Muhaizar bin Mohamad dan Kpl Norina binti Damnoen. Upacara diteruskan dengan bacaan Ikrar Kejohanan oleh penyandang Olahragawan TD 2017 iaitu Kpl Muhammad Azri bin Kadir daripada 1 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja. Turut hadir Mej Jen Dato' Md Tajri bin Alwi, Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD serta Pegawai-pegawai Kanan TD.