19 September 2019
Kemaskini Akhir: 13 September 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2

29071802MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim mahukan ikatan airborne brotherhood yang ada di dalam ketumbukan 10 Bgd Para haruslah diperkukuhkan dan saling bantu membantu sesama warganya bagi menghadapi cabaran pada masa kini.

Selain itu perubahan persekitaran geo-strategik  di dunia sekarang yang mencetuskan pelbagai fenomena  memerlukan sebuah ketumbukan yang mampu diatur gerak dengan pantas, bersifat versatail serta keupayaan untuk mencapai ketentuan di peringkat strategik, operasional ataupun taktikal.

“Oleh itu, keberkesanan 10 Bgd (Para) sebagai elemen pemukul akan bergantung kepada tahap kesiagaan dan keupayaan beroperasi di dalam spektrum yang pelbagai.

“Ini memerlukan ketahanan mental yang tinggi, kekuatan fizikal yang jitu serta kesedaran keadaan yang menyeluruh di mana warga beret maroon sentiasa di dalam kesiagaan yang tinggi dalam apa jua aspek, sama ada organisasi, peralatan mahupun penyediaan kekuatan mental dan fizikal,” tegas PTD.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Jamuan Makan Tengahari di Dewan Makan Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para) setelah selesai acara perasmian Galeri Sateria 17 RAMD (Para) yang merupakan galeri yang menyimpan segala sejarah berkenaan kejayaan, operasi dan pemimpin 17 RAMD (Para) pada 27 Jul 2018.

Terdahulu dari itu, seramai 30 pegawai dan 1036 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah naungan 10 Bgd (Para) diketuai oleh Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para), Lt Kol Anwar Zamani Jusop terlibat dalam Perbarisan Penghargaan PTD di Padang Kawad Pasukan 17 RAMD (Para).

Perbarisan statik yang berkonsepkan Leading Parachute Battle Group (LPBG) itu bertujuan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh PTD semasa  berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya dan juga pernah menjadi Pegawai Memerintah 17 RAMD (Para) yang Ke-13  pada 1 Jun 1994 hingga 26 Jun 1995.

Mengimbas keperibadiannya, beliau dilahirkan  di Terengganu pada 24 Feb 1959 dan mula menjalani latihan Pegawai Kadet luar negara di Royal Military Academy, Sandhurst pada 5 Sep 1977 hingga 3 Nov 1978 serta pernah berkhidmat di beberapa pasukan RAMD hinggalah menjawat jawatan sebagai PTD.

Beliau juga terlibat secara langsung dalam Eksesais Halilintar yang telah dilaksanakan pada 10 Okt 1994, di mana detik bersejarah tersebut diterajui oleh beliau dengan melakukan Operasi Paracut yang menjadi intipati kepada penubuhan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Acara perbarisan dimulakan dengan simulasi penyusupan para secara terjun bebas melibatkan enam penerjun yang merupakan anak jati 17 RAMD (Para) lalu PTD dipertontonkan dengan persembahan Tarian Perang 10 Bgd (Para) oleh kontinjen perbarisan di susuli dengan lapan anggota diturunkan secara taktikal dari helikopter Nuri melalui teknik Fast Rope yang membawa cenderahati kepada PTD.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 3 Div,  Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Mohammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Veteran 17 RAMD (Para).