17 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


07081801Eksesais Land MALPHI siri 19/2018 merupakan eksesais yang diadakan setahun sekali dengan hos penganjuran secara bergilir. Latihan dua hala antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Filipina (TDF) ini bertujuan mengeratkan hubungan dua negara disamping berkongsi taktik, teknik serta kaedah terbaik dalam merealisasikan keamanan serantau.

Eksesais ini dilaksanakan selama 14 hari bermula pada 5 hingga 18 Ogos 2018 bertempat di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Kem Gua Permai, Ipoh, Perak. Ia melibatkan 35 pegawai dan 5 LLP daripada TDF serta 80 pegawai dan anggota TDM dari 23 RAMD. Eksesais ini dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu Cross Training Exersice (CTX), Bn Staffex dan Command Post Exersice (CPX) menggunakan system Battle Tek IV - Pusat Olah Perang.

Senario eksesais adalah berkonsepkan 'Operation in Build Up Area' - Offensive di kawasan bandar dan kawasan penempatan penduduk sekitar kawasan am Sungai Siput Utara. Selain itu eksesais ini juga bertujuan bagi bertukar-tukar perkongsian pengalaman 2 negara iaitu berkaitan Battle of Marawi dan Insiden di Sauk.

Perasmian Pembukaan Latihan disempurnakan oleh Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar bersama Mejar General Robert Musni Arevalo, Timbalan Panglima Tentera Darat Filipina.