25 Ogos 2019
Kemaskini Akhir: 11 Ogos 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


07081802SARAWAK - Bertempat di Padang Kawad, Kem Muara Tuang telah berlangsungnya Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat ke-26, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) pada 1 Ogos 2018.

Perbarisan ini telah melibatkan 8 kontinjen dari setiap formasi di bawah naungan PMTTD yang dianggotai oleh 27 pegawai dan 800 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Mislani Suwarto @ Auverto, Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) diiringi pancaragam gabungan dari 13 RAMD dan Rejimen Ke-4 Kor Amor Diraja (4 KAD).

Perbarisan merupakan satu tanda penghargaan kepada PTD dari warga PMTTD menabur jasa dan bakti kepada Tentera Darat selama 42 tahun. Beliau dalam ucapannya turut menyeru agar seluruh warga PMTTD terus meningkatkan mutu perkhidmatan dengan jujur dan ikhlas kerana kejujuran dan keikhlasan itu merupakan asas utama dalam membina kegemilangan organisasi serta akan menghindarkan diri daripada sifat dendam, hasad dengki dan tamak haloba. Beliau juga berharap agar setiap pegawai dan anggota TD dapat menghayati nilai-nilai sejarah serta pengorbanan pejuang-pejuang yang terdahulu demi keunggulan organisasi.

Turut hadir sepanjang acara Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Medan Timur Tentera Darat; Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen; Mej Jen Dato’ Zulkapri bin Rahamat, Panglima AT 450; Panglima-panglima Formasi serta Pegawai-pegawai Kanan TD