20 Oktober 2019
Kemaskini Akhir: 14 Oktober 2019.
A- A A+

merah biru ungu   benderaUS64  lainbahasa2


07081803JOHOR: Seramai 18 pegawai dan 171 anggota Lain-Lain (LLP) terlibat dalam Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-53 pada 1 Ogos 2018 yang diadakan di Padang kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar. Ketibaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor disambut oleh Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin, Panglima Medan Barat Tentera Darat dan Mej Jen Datuk Hasan bin Ali, Panglima 21 Gerup Gerak Khas lalu menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan diiring alunan lagu Johor.

Perbarisan yang gagah dan mantap ini diketuai oleh Kol Fouzi bin Sulaiman, Peg Mem 21 Kdo. Acara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan kontinjen oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor diiringi oleh Panglima 21 GGK sebelum diteruskan berjalan lalu dalam masa perlahan jalan dan cepat jalan serta perbarisan mara mengadap.

Dalam Titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Rejimen Gerak Khas (RGK) di atas kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda, Institusi Raja dan kedaulatan negeri Johor.

Warga rejimen bukan sahaja perlu meningkatkan kemahiran Tentera malah setiap warga perlu didedahkan dengan semangat juang yang tinggi dan displin untuk menjadi sebuah pasukan elite yang mantap. Selain itu, warga rejimen juga perlu bersatu dan seharusnya memberi perhatian yang lebih khususnya tahap kesiapsiagaan, sentiasa proaktif dan up to date agar membentuk pasukan yang dinamik dalam dunia siber yang serba canggih. Pembangunan sumber manusia dan kecanggihan peralatan serta ilmu ketenteraan yang pelbagai juga perlu dimiliki bagi mendorong aspirasi Angkatan Tentera.

Acara diteruskan dengan Majlis Santapan Ringan dan Anugerah Jaguar Sukan kepada atlet- atlet GGK yang telah mengharumkan nama GGK di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Antara atlet yang diberi anugerah adalah atlet sukan lasak, seni mempertahankan diri dan tinju. Bagi atlet yang telah dinorbatkan sebagai Jaguh telah menerima sijil, blazer lambang pernuh serta wang tunai RM 1000.